Tapi sebelum nak mendirikan rumahtangga, seseorang tu kenalah cari ilmu sikit supaya rumahtangga yang bakal dibina nanti terus kekal abadi disirami dengan keberkatan dari Ilahi hingga ke syurga. Saya ni tidak la berapa pandai dalam berhujah, tapi adalah cari ilmu sikit-sikit kat En.Google ni, yela, rasanye itu lebih baik dari surf internet berjam-jam tanpa ilmu dan manfaat. Apa yang dapat hanya bf, gf, laki orang... hehehehehhee ( sorry ye mulut jahat sat...).
Ok, jom check antara tip yang boleh kita amalkan dalam rumahtangga...
1. Mantapkan ilmu fardu ain sebelum melangkah ke dunia rumahtangga. Yang paling asas, kita sebagai umat islam wajib cukupkan solat lima waktu sehari semalam sebab solat tu tiang agama. Kalau tiang pun dah tak kukuh, macam mana rumah dan masjid nak berdiri megah ye dak... dengan solat juga, seseorang manusia dapat menghundari daripada perkara-perkara negatif yang mana boleh menganggu gugat keharmonian dalam berumahtangga. Kalau bab solat dah tip top, tak kisah la usia muda macam mana sekalipun, anda sebagai suami/isteri pasti hebat dalam mengendalikan kelancaran kehidupan berkeluarga ni. Tapi, kalau solat yang asa ni pun selalu ter"miss", tidak hairan la umur 60 thn sekalipun masih tak dapat lagi buat keputusan yang terbaik untuk keluarga mahupun diri sendiri.
2. Wujudkan unsur "Humour" dirumah/ ketika bersama suami/isteri..
Kadang-kadang, senda gurau pun boleh jadi sangat romantik dalam berumahtangga. Inilah antara kelebihan pasangan yang sudah halal dari segi agama. Apa salahnya seorang isteri bersikap kebudak-budakan dengan suami hanya untuk bermanja atau mengeratkan lagi kasih-sayang tapi dengan suami je tau, dgn bukan ajnabi jangan try plak gedik sana sini, takut nanti terbuka pintu-pintu maksiat.
3. Suami tolong isteri semasa didapur..
Tugas seorang isteri ni sememangnya sangat besar apatah lagi klu dalam masa yang sama si isteri bekerja dan menjaga anak-anak. Keikhlasan suami untuk tolong isteri masak atau basuh pinggan kotor memberikan kesan yang sangat besar kepada isteri mahupun keluarga. Anak-anak akan ikut contoh bapa mereka dan kemungkinan juga bakal menjadi seorang suami hebat masa depan! who knows...
4. Makan bersama-sama keluarga untuk mengeratkan lagi hubungan
Mungkin ada segelintir keluarga yang tidak makan bersama dek kerana kesibukan ataupun ianya sudah menjadi satu kebiasaan. Benda ni nampak remeh, tapi kadang-kala ianya menjadi penyebab utama kenapa sesebuah keluarga tu kurang sikap kemesraan antara bapa dan juga anak-anak. Waktu makan adalah antara waktu yang sangat sesuai untuk ahli keluarga berkongsi apa sahaja perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Ok la, rasanya setakat tu dulu kot tips yang dapat saya kongsikan bersama anda, ada banyak lagi tip-tip yang berguna, rajin-rajin la google n cari info untuk mantapkan ilmu uolls ye... huhuhuhu...
Harapan saya, semoga bakal-bakal pengantin atau pun yang sudah berkahwin dapat amalkan panduan yang diberi dan sama-sama kita semua membina keluarga bahagia agar generasi gemilang terus wujud di bumi bertuah ni.... :)