JellyPages.com

Monday, February 10, 2014


 Internet Use in the Learning of English as a Distance Learner

Internet is a very useful technology of the modern times in helping us not only in our daily life but also used for the development of our personal and professional lives to filter the information they needed. Moreover, for the students, the Internet has been widely used to gather knowledge for various purposes related to the subject that they are currently receiving. As for me, the internet has been helping me in enhancing the use of English language as a distance learner. If compare with module and other materials, internet has greatly helped me in strengthening my English. In directly, it is able to improve my speaking and reading comprehension skills. The aspect internet help me the most are speaking (1), reading (2), grammar (3), vocabulary (4), and writing (5).

Using the internet has helped me improve my English speaking skill. I can learn the proper techniques of speaking because I am able to access the videos and also exercises directly from internet sources. For instance, website of http://www.1-language.com has empowered my speaking skill when they provide a lot of explanations and information’s especially in the articles publish that helped me to understand better about communication skill and systematic approach of English. Apart of that, also stated some tips on how to speak English fluently with several suggestion such as to speak everything that is done throughout the day in English or to record a daily audio journal to practice speaking English. Likewise, the correct use of words can be truly enjoyable activities of studying the English language.
Secondly, internet has helped me improve my English reading skill as distance learner. In addition, Internet has the potential to reach global audience as compare to other materials. I’m able to express my opinions and ask question when do the discussion with others. The best medium for me is at http://www.gcflearnfree.org. Its enhancing knowledge about reading comprehension when it’s providing useful activities that can challenge our ability. In the websites, learners can involve with by review the articles and answer related questions prepared. They can try it for many times until they get the answer right.

Lastly, third aspect internet helped me the most are grammar and vocabulary aspect. The website that I use is http://www.ego4u.com where I can strengthen my English by doing exercises such as simple past, past progressive, and past perfect exercises. They gave us situation in the text and ask us to fill in the blank with suitable answer related to engage topic. I can identify which aspect that I am weak of and able to improve it with additional reading about the topic.

As conclusion, learnt through the internet has given me a lot of benefit as distance leaners. I could gain at least 75% of the knowledge about certain topic through the internet. I didn’t face any difficulties when using the internet because it’s flexibility that enable me to find information about English courses anywhere. Besides, it’s easier for me to update of content as well as archival capabilities while accessing to the information’s about certain task in academic portal. Hence, PPPJJ has been helping me to discover the globalization of world without boundaries, hunting for knowledge that allowed millions of people, at home, and at work, to sharing knowledge anywhere, any time and with anyone.                                                        
                                                                                                                      

 Copyright
nurulnasirah89@blogspot.com 




Saturday, February 8, 2014

Mahalkan Harga Diri, Murahkan Mahar, Simple kan Majlis


"Apakah perkahwinan kita kekal sampai hari mati, atau sekadar sampai ke anak cucu dan kemudian bercerai betemankan uban dan kedut wajah, atau gerhana di tengah jalan?


Entry kali ini ingin sekali saya menyentuh tentang trend zaman sekarang dimana rata-rata pasangan pengantin suka untuk berhabis ribuan malah jutaan ringgit semata-mata untuk merealisasikan majlis perkahwinan yang meriah dan sempurna impian setiap insan. Namun begitu, dalam kita merancang ke arah kesempurnaan, jangn kita lupa akan saranan yang sebenar-benarnya didalam ajaran Islam. 


Dari Aisyah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
'
"Sesungguhnya pernikahan yang paling berkah adalah pernikahan yang bermahar sedikit". (Mukhtashar Sunan Abu Daun)

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda berkah perempuan adalah mudah dilamar, murah maharnya, dan murah rahimnya." (HR. Ahmad)


Didalam ajaran Islam, terdapat sebab-sebab yang tertentu mengapa ditekankan untuk dimurahkan mahar dalam perkahwinan. Ianya supaya pasangan-pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga tidak akan terbeban dengan kos yang tinggi untuk berkahwin seterusnya dapat mengelakkan terjadinya zina dan dapat memelihara harga diri seseorang. 



Namun begitu, dalam zaman modenisasi, hadis Nabi dan ajaran Islam seakan tidak dipedulikan lagi. Dalam zaman ini, semakin mahal mahar seseorang wanita, maka semakin berhargalah wanita tersebut dan dilihat seakan "hebat' dimata manusia sedangkan menurut sabda Nabi S.A.W, perempuan yang berkah adalah yang murah maharnya, berkahwin awal dan cepat beroleh zuriat. Persoalannya, adakah kita ingin dilihat hebat dimata manusia atau puningin dilihat hebat pada pandangan Allah S.W.T., tuhan sekalian alam??





   Oleh itu, sama-samalah kita muhasabah diri agar perkahwinan yang dibina mendapat keredaan daripada Allah dan bukan untuk mendapat sijil halal semata-samata!!

Thursday, January 30, 2014

Kebelakangan ni saya tengok ramai sangat anak-anak muda yang berumur belasan tahun mahupun awal 20-an sudah mula untuk berginjak ke alam rumahtangga. Perkara ni memang tersangat la positif dan mendatangkan kebaikan sebab nanti boleh kurangkan maksiat, zina, kelahiran anak luar nikah dan apa-apa perkara yang boleh dikaitkan dengan gejala sosial remaja sekarang ni yang memang super duper hebat.

Tapi sebelum nak mendirikan rumahtangga, seseorang tu kenalah cari ilmu sikit supaya rumahtangga yang bakal dibina nanti terus kekal abadi disirami dengan keberkatan dari Ilahi hingga ke syurga. Saya ni tidak la berapa pandai dalam berhujah, tapi adalah cari ilmu sikit-sikit kat En.Google ni, yela, rasanye itu lebih baik dari surf internet berjam-jam tanpa ilmu dan manfaat. Apa yang dapat hanya bf, gf, laki orang... hehehehehhee ( sorry ye mulut jahat sat...).

Ok, jom check antara tip yang boleh kita amalkan dalam rumahtangga...

1. Mantapkan ilmu fardu ain sebelum melangkah ke dunia rumahtangga. Yang paling asas, kita sebagai umat islam wajib cukupkan solat lima waktu sehari semalam sebab solat tu tiang agama. Kalau tiang pun dah tak kukuh, macam mana rumah dan masjid nak berdiri megah ye dak... dengan solat juga, seseorang manusia dapat menghundari daripada perkara-perkara negatif yang mana boleh menganggu gugat keharmonian dalam berumahtangga. Kalau bab solat dah tip top, tak kisah la usia muda macam mana sekalipun, anda sebagai suami/isteri pasti hebat dalam mengendalikan kelancaran kehidupan berkeluarga ni. Tapi, kalau solat yang asa ni pun selalu ter"miss", tidak hairan la umur 60 thn sekalipun masih tak dapat lagi buat keputusan yang terbaik untuk keluarga mahupun diri sendiri.

2. Wujudkan unsur "Humour" dirumah/ ketika bersama suami/isteri..
Kadang-kadang, senda gurau pun boleh jadi sangat romantik dalam berumahtangga. Inilah antara kelebihan pasangan yang sudah halal dari segi agama. Apa salahnya seorang isteri bersikap kebudak-budakan dengan suami hanya untuk bermanja atau mengeratkan lagi kasih-sayang tapi dengan suami je tau, dgn bukan ajnabi jangan try plak gedik sana sini, takut nanti terbuka pintu-pintu maksiat. 

3. Suami tolong isteri semasa didapur..
Tugas seorang isteri ni sememangnya sangat besar apatah lagi klu dalam masa yang sama si isteri bekerja dan menjaga anak-anak. Keikhlasan suami untuk tolong isteri masak atau basuh pinggan kotor memberikan kesan yang sangat besar kepada isteri mahupun keluarga. Anak-anak akan ikut contoh bapa mereka dan kemungkinan juga bakal menjadi seorang suami hebat masa depan! who knows...

4. Makan bersama-sama keluarga untuk mengeratkan lagi hubungan
Mungkin ada segelintir keluarga yang tidak makan bersama dek kerana kesibukan ataupun ianya sudah menjadi satu kebiasaan. Benda ni nampak remeh, tapi kadang-kala ianya menjadi penyebab utama kenapa sesebuah keluarga tu kurang sikap kemesraan antara bapa dan juga anak-anak. Waktu makan adalah antara waktu yang sangat sesuai untuk ahli keluarga berkongsi apa sahaja perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian. 


Ok la, rasanya setakat tu dulu kot tips yang dapat saya kongsikan bersama anda, ada banyak lagi tip-tip yang berguna, rajin-rajin la google n cari info untuk mantapkan ilmu uolls ye... huhuhuhu...

Harapan saya, semoga bakal-bakal pengantin atau pun yang sudah berkahwin dapat amalkan panduan yang diberi dan sama-sama kita semua membina keluarga bahagia agar generasi gemilang terus wujud di bumi bertuah ni....  :)